Assalamualaikum .. Selamat habis cuti semua. Alhamdulillah.. Masih lagi islam dan hidup dimuka bumi ni.
Pertama sekali nak minta .. Tolong sedekahkan Al Fatihah utk atokmak saya . Sekarang dia tak sihat .. Jantung dia bengkak, asma pun teruk jugak . Then paru-paru dia berair . Allahu Rabbi .. Semoga Allah berikan jalan yang terbaik utk dia .
Hmm .. Ok . Nak cite pasal something about RMC . Okay .. First nak cite pasal , Senior .. Ok . Jangan gelak . Dekat dalam kompeni aku ni .. Ade senior ni , nama dia sir azhad . Muka dgn perangai sama mcm yg sf cerita psal abg dia. Seriously .. Tak tipu . Tapi nak banding dgn abg sf , sir azhad ni kurus lagi and susah nak tgok dia senyum , gelak ke . Dgn kawan2 je lah dia ok . Dgn newboy .. Pergh , diam, muka garang tp tak garang. Tegas and baik .. Kadang2 rindu kat sf bila tgok muka dia . Kalau tgok je .. Haish, nak nangislah . Plus .. Dia buat aku jadi mcm always nak jadi good boy. Semua kerja yg dia suruh .. Tip top ah aku buat. Mana tak nya .. Muka mcm abg sf. Aku pun first tgok .. Mcm pening je. Kembar abg sf lah kot ..
Ok .. Next nak cerita psal routine. Okay .. Routine harian adalah seperti berikut:
4.45am : Bangun
5.00am: Muhasabah diri, zikir and doa .. Solat pun kalau sempat and kalau tak ngantuk.
5.30am: Mandi dan bersiap pakai baju no.3 .. Then solat subuh.
6.00am: Makan minum sarapan. Sesi penyegar mata.
6:30am: Falling or RowCall dan ucapan dari pegawai bertugas or senior duty.
7.10am: Keluar baris dan ke bilik darjah or morning call kt foyer .
10.50am: Break and aktiviti sendiri for 20min.
2.30pm: Solat dan lunch bersama-sama kompeni.
3.00pm: Balik dash/dorm
3.30pm: Prep/sukan
4.30pm: Solat dan aktiviti sukan atau PT atau pentadbiran bilik.
6.00pm/lebih : Mandi then makan dinner bersama-sama kompeni.
7.20pm: Solat dan bacaan mathurat, almulk dan waqiah.
8.00pm: Prep
10.00pm: Solat isyak and supper.
10.30pm: Falling/RowCall.
11.15: Keluar baris dan ke Dash masing2.
12.00mid: Light Off.
Haha .. Dengar cam ok. Tapi setiap pergerakan dari satu tempat ke tempat lain . Wajib berkawad bagi semua putera. Yang paling tak tahan dia adalah .. Bila dia suruh falling lagi 10min, tiba2 dia announce falling sekarang juga. Rasa very tade life. Kot ade org kat tandas kan susah ..
Paling bestnya adalah .. Makanan dia sedap sangat. Tapi makan kena makan pakai sudu garfu .. Nasib baik lunch and dinner je.
Huh .. Okay . So what next ? Hmm .. Okay . Sedikit Wasiat untuk awak , hmm ..
1. Ingatlah Allah .. Macam ni, cuba amal benda ni. Bila awak mendengar sesuatu .. Ingatlah Allah yg bagi awak mendengar. Begitu jugak dgn perkara lain .. So, sentiasalah bersyukur.
2. Amalkan baca surah al waqiah. Surah waqiah ni ade rezeki dalamnya. Yakinlah..
3. Sentiasalah biasakan dengan zikrullah. Sentiasa ingatkan diri untuk zikir. Buatlah reminder tampal kat locker tu ya? In shaa Allah berjaya.
4. Ingatlah kematian dan ingatlah nikmat yang Allah sentiasa beri pada diri kita.
Hmm .. Cukup tak ? Kalau rasa nak lagi ws je . Cehh .. Tadelah. Kalau rasa nak bimbingan lagi .. Tanya kawan atau ws je org yg kau nak. In shaa Allah .. Allah permudahkan segala yg kau nak. Allah tak menghalang niat yang baik wahai wanita, tapi Allah duga dan melihat hati setiap makhluk-Nya yang benar-benar menuju Allah atau hanya ungkapan atau niat semata.
Okaylah .. Papai My Sayang PikoPocoyo. Haha . Doakan aku dapat Straight A's for Ujian penilaian Putera. Nanti bulan6 aku boleh belanja korang gambar aku kat Mount. Kinabalu. Kalau dapat straight. Nanti souvenir aku boleh belanja .. In shaa Allah doakanlah ea. Kalau doa sorang je tak boleh jugak .. Aku ni hina, pendosa. Kalau tak boleh pun takpe.
Sahabatku, Sayangku, Kenalanku , Bye .. Hari makin lama makin mencabar bukan ? Sabarlah .. Jiwa tenang adalah jiwa yang mengingati Allah . Solat dhuha and puasa jangan lupa .. Ini utk semua tau. Tahajjud pun jaga jugak tau .. Kalau malas pun, buatlah 1kali seminggu. Tapi jgn amal macam tu .. Kena usaha jugak buat tiap hari. Nanti ingatkan dekat kawan yg lain. Tak kesah lah yg aku kenal ke tidak. Cakap aku suruh .. And last, sentiasalah berbual tentang iman. Tentang ibadah, amal, fiqh, ilmu agama, dan ikhlaslah dalam setiap perbuatan dan jujurlah. Sekian .. Assalamualaikum. 1bulan tak balik wei. Huhuhu .. Rindu korang. Kirim salam dekat budak 3A and 4sains plus ustazah and cikgu2.
No comments:
Post a Comment