About Me

Hafiz dan Fitri .Pelik dan tak sweet, gila, kurang bijak and macam2 lagi . You know me , I know You. Sayang Ibu&Ayah , Family , SahabatKu and Friends. S'Hearts. Stalker yang kantoi. 16/10.1A2A3A. Don't judge anyone. Sayang beribu sayang untuk mereka dan Kau. TiKL . Target 10tahun lagi untuk bersatu . 4SainsAkaun. Sofea Ahmadol Jasmi

Saturday, 28 February 2015

LOL

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera. Sihat semua? Alhamdulillah.. Masih hidup dalam keadaan yg semangat utk hidup. Jgn pernah beralah ssblum mncuba.
Ok.. Sekarang nak cerita pengalaman time orientasi kt mtd. Alhamdulillah.. Aku masuk Kompeni Golf. Dia mcm group lah .. macam rumah sukan. Kami ade 35 orang  yg serba kekurangan tp mampu bergerak dalam satu pasukan. Hari pertama tu.. Fuhh, tengok senior semua smart gila lah.. Dgn baju no.3 dia. Bukan loreng tau tapi mcm krs yg hijau cair tu. Nak senang tgk kt website je lah ye. Malas nak terangkan.. Haha . Ok.. Lepas dah bawak barang semua gi kt block Putera. Salam parents.. Bahu dipikul amanah utk berjaya di sana. Then, beratur ikut kompeni.. Bla bla bla.. Budak satu dash(dorm) syauqi, helmi, hakim, luqman, harresh, kinesh dgn krisna. 3belakang tu sume indian. Tp kami baik dgn 2 yg pertama je, sbb krisna tu dia mcm suka arah orang mcm dia boss.
First day tu.. Petang ade physical training. Fuhh .. Kaw2 la aku ckap latihan dia. Kalau yg tak biasa sport. Memang muntah hijau. Trust me.. Tp aku gi kejap je. Sbb staf sruh amek cadar n sarung bantal then gi ptong rambut. Saya dah botak. Form4 First year kena botak je.. Huhu. Tape lah. Okay lepastu kenal dgn senior yg ade pangkat yg tinggi dalam kompeni. SUO, Senior Under Officer tu maksdu dia. SUO ni setiap kompeni ade. Golf punya SUO Tinggi, pandai, hensem, baik, tegas. Nak senang ramai yg pegang jawatan utk kompeni mesti semua pndai and aktif dlam aktiviti ketenteraan.
2nd day.. Pagi tu PT (physical training), then balik dash, tukar baju then kawad, dari pukul 0900-1300 huhu.. Penat doh. Then petang sesi akademik. Hmm .. Aku masuk sains akaun. Aliran sains plus Akaun. Time sesi akademik best gila .. Sbb auditorium. Aircond.. Huhu. Ramai tidur. Haha.. Penat punya pasal. Then petang tu ade PT lagi. Tp ade something special .. Budak yg nak wakil sukan boleh ikut senior gi selection. Aku masuk bola sepak so, pergilah kan... Alhamdulillah dapat. Act, isnin ade lg. Tp aku akan cuba lagi. Capt. Kami fuh .. Gila hebat. Nama Sir Fauzan, bekas pemain harimau muda. Dulu sekolah sukan bandar penawar. Imam surau, imam yg paling sedap suaranya, mcm suara al fatihah kt tv3 tu. Hmm, lebih kuranglah. Tp aku taktahu dia main position Ape. Sbb dia all rounder. Haha .. Orang hebat katakan. Rasanya mid player kot. Mcam tu lah lebih kurang hari yg lain .. Lagi aku masuk silat. Silat olahraga.. Sbb ramai tak masuk so, aku try dulu. Tak train lg.
Smpai lah hari Jumaat , lepas solat Jumaat tu, kawad smpai asar.. Gila penat. Hanya Allah yg tahu. Dgn kaki yg nak kejang kawad je lah.. Okay, kat mtd tade istilah ragging cuma disiplin je. Setiap hari .. Kita kena jaga masa, disiplin, patuh dan usaha. Itulah perkara yg kena pegang kalau masuk mtd. Okay.. Kat sana aku ade Master .. Tahu tak ? Aku jadi buddy dia lah .. Nickname aku  adalah . Haha.. Nama cat jugak. Tape lah aku tak kesah. Sebab kena terapkan sifat kasih sayang dalam kompeni. Sebenarnya tak elok buat nickname.. Hmm, byk lg yg ade nickname, contoh dia.. Teddy, kent, nyonyot, geiko, paloq, ghana.. Mcm2 lah..
Hmmm... Kat sini kena jadi berani ke hadapan. Tapi aku tak suka sebab nanti jadi riak.. Aku kena jadi mcm diam2 ubi berisi.. Haha. Lebih kurang lah.. Ape lagi.. Sekarang muka sun burn habis.. Gelap gelemap.. Bak kata ganu.
Okay nak cita pasal emosi duk sana .. Hmm , starting memang seronok. Tp bila time PT.. Fuh, rasa menyesal. Serious tak tipu.. Klau korg masuk, mmg terasa dia punya kekesalan. Tp dgn sokongan dari orang yg aku syg dan orang yg syg aku.. aku cuba smpai aku tak terdaya. Hmm Ape lagi .. Tak puas hati ? Pelik ? Hmm ..ade jugak lah. Aku cuma tak berapa faham sgt cara budak asrama bergaul. Nasib baik syauqi yg tidur sbelah aku tu budak SMA.. Boleh lah cite sikit psal agama.. Best sgt. Lagi lagi bila cerita pasal wali-wali Allah. Hmm .. Solat Dhuha dapat dijaga .. Alhamdulillah. Cuma nak puasa tu payah sikit.. Sebab nak sahur time sikit. And aktiviti tu terlalu extreme utk beginner mcm aku kt mtd utk berpuasa. Apa2 pun aku akan cuba jugak.. Rindu nak puasa. Rindu kat kawan ? Terlalu byk .. Tp tahan je la. Takkan nak homesick kot.. Buat malu ja. Relax dah la .. Act, aku tak rasa pu. Mcm dok asrama. Dia rasa mcm pergi kem tentera.. Tak rasa mcm asrama .. Serious tak tipu. Tapi taktahu la korg cane.. Yg lain tu nanti puasa tau. Jaga Solat dhuha jugak.. 
Hari ni Sabtu ..sekarang ON aka overnight kt rumah means balik rumah. Pagi tadi kawad utk majlis orientasi. Baru seminggu tak tgk budak perempuan aku rasa mcm pelik lah .. Tapi ade je staff kt kantin. Lawa tu ade .. Tp lawa pada zahir bukan pada hati. Hmm .. Pagi tadi mimpi something .. Pasal Sf. Taktahu lah asal.. Maybe rindu. Bangun terus doa.. Time tu pukul 4 lebih cmtu lah. Hmm .. Okay lah cukup smpai sini je . Assalamualaikum semua.. Lagi 1 bulan aku balik. 😂  lama kan .. Biasalah. Sf .. Aku ade something nak bagi tapi acano ? Haha .. Tapelah. Nanti lah. Lagi satu .. Kita dah dapat tie MTD and tie clip. Maybe nanti dapat byk lg brang. Haha . Okay .. Bye semua. Jaga diri.

No comments:

Post a Comment